GRAB? APA TU? APA KELEBIHAN GRAB??

Assalamualaikum, hai semua .okay harini kita buka topik tentang kemudahan yang diwujudkan untuk membantu kita dalam sistem pengangkutan . Siapa tahu tentang Grab? Ramai lagi taktahu ni dan berkemungkinan jugak ramai yang tak pernah naik "Grab" . Betul tak? So lets start . Mari kita sembang sikit tentang Grab ni .

Grab (MyTeksi) ialah aplikasi tempahan teksi, kereta dan motosikal berasaskan telefon pintar termasuk perkhidmatan penghantaran. Visi kami adalah untuk menambah baik industri teksi di seluruh Asia Tenggara, menjadikannya sistem pengangkutan yang lebih selamat dan lebih cekap dimana kita semua boleh banggakan. (Sumber dari Laman Web rasmi Grab)

Apa kelebihan Grab yang orang ramai tak tahu? Jeng jeng jeng .. Mari kita selongkar sedikit sebanyak tentang Grab.

1) MUDAH DAN JIMAT MASA

Kini semua dihujung jari. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi.

Mudah tau kalau kita guna Grab, tidak perlu menunggu dengan lama untuk guna pengangkutan tersebut berbanding pengankutan yg lain. contohnya, bas,teksi serta lrt yg perlu tunggu utk menggunakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Jimat , ye jimat sebab mempercepatkan masa kita untuk pergi ke sesuatu tempat tanpa perlu beratur dan sebagainya. Contoh bila kita sudah ada aplikasinya  kita hanya perlu pilih apa yang sepatutnya, tetapkan masa dan lokasi . Jadi, pemandu grab tersebut akan datang dan hantar secepat yang mungkin.

2) KOS LEBIH MURAH DAN HARGA BERPATUTAN

Menurut pengalaman saya menggunakan perkhidmatan teksi,  pernah beberapa kali pemandu teksi mengenakan caj yang agak mahal. Mereka tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak. Kalau naik bas pula, kita kena naik dalam 2 atau 3 bas untuk pergi sesuatu tempat. Jadi, kos yang kita keluarkan agak banyak berbanding menaiki grab.

Berbanding Grabcar, caj tambang tidak boleh ditipu kan . haaa sebab Grabcar menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan.
Memang tak boleh nak ragu-ragulah dengan tambang yang dikenakan bila naik grabcar .

3) INISIATIF YANG DIGUNAKAN PEMANDU GRABCAR

Kita ni tahu nya nak berjalan sana sini, tapi taktahu tempat yang dituju , means tak pernah pergi . Jangan risau , sebab pemandu grab selalunya akan mengambil inisiatif menggunakan Google Maps atau Waze . tapi kalau pemandu teksi, kalau tempat tu dia taktahu, dia akan suruh korang naik teksi lain . hahaha! Agak kejam tapi itu realitinya .

Banyak lagi kelebihan menaiki grab yang korang mungkin taktahu tapi tak menang tangan nak menaip dah ni oii . hahaha !

Haa untuk pengetahuan korang kaum hawa , jangan risau , kalau nak naik grab ni . sebab ada pemandu grab wanita jugak tau . InshaAllah keselamatan terjamin .

Sampai di sini sahaja, bertemu di entri yang lain ya . Selamat Malam semua . 😘

Comments